二维码
Felda Bukit Tembaga 的头像

Felda Bukit Tembaga

Bukit Tembaga berasal dari sebuah gua atau lubang yang tanahnya bewarna merah seperti tembaga yang terletak berhampiran Bukit Putih, Bukit Lengoh dan Bukit Petai. Pada 30 Oktober 1955, kawasan Bukit Tembaga mulai diterokai dengan kehadiran 467 orang kesemuanya. Akhirnya selepas beberapa hari, peneroka kawasan itu tinggal 200 sahaja termasuk lapan orang perempuan. Mereka berasal dari Kuala Kedah, Pantai Johor, Anak Bukit, Jitra dan Alor Merah. Pada 1 Julai 1956, kerajaan persekutuan telah menubuhkan FELDA, sebagai badan korporat untuk memiliki tanah yang diuruskan oleh sebuah lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik. Pada 1959, Menteri Pertanian, Encik Aziz Ishak telah mengisytiharkan Bukit Tembaga dikelola oleh Rancangan FELDA.